Tuesday, September 26, 2017

SYM VTS 200 (Part II)

25/09/2019 adalah permulaannya. Saya ke pejabat pos, tetapi lalu berhampiran beberapa kedai motorsikal. Ternampak sebuah Sym VTS 200. Oleh kerana tertarik dengan scooter ini, saya singgah untuk melihat keadaannya.

Scooter ni masih cantik. Model lama tapi mileagenya rendah. Mungkin ia sebelumnya digunakan untuk jalan-jalan makan angin petang saja.

26/09/2019 saya menjemput scooter ini bersama isteri saya.

Jenama : SYM
Model : VTS 200
Warna : Kelabu / Grey
No pendaftaran NCN XXXX
Mileage masa di ambil : 11,322.4 km
Status : Terpakai (Used)

Sebelum buat keputusan untuk membeli scooter ini, kami pandu uji dahulu. Setakat apa yang boleh dinilai, semuanya dalam keadaan baik. Tapi, setakat bersesuaian dengan umurnya yang telah melebihi 6 tahun.

Pengalaman lama bersama model yang sama buat kami lebih berhati-hati. Scooter ini memang pagan, laju dan selesa tetapi kalau dapat jenis yang suka meragam, pening kepala dibuatnya. Tambah-tambah lagi dengan harga alat gantinya yang agak mahal.